CALENDER UBSM SDN BHD

January 2012
M T W T F S S
« Dec    
 1
2345678
9101112131415
16171819202122
23242526272829
3031  

Pelajar perlu bijak manfaat baucar buku

January 17th, 2012 by admin

sumber: Berita Harian 2011/12/20
PEMBERIAN baucar buku 1Malaysia berjumlah RM260 juta bakal diagihkan kepada 1.3 juta pelajar Tingkatan 6, Matrikulasi, Asasi, politeknik, institusi pengajian tinggi awam (IPTA) dan institusi pengajian tinggi swasta (IPTS) adalah durian runtuh yang perlu digunakan sewajarnya oleh pelajar.

Tempoh sah laku baucar berkenaan bermula dari 1 Januari sehingga 31 Mac 2012 dan pelajar perlu membuat perancangan rapi ke atas pembelian bahan rujukan seperti buku akademik, jurnal, majalah ilmiah dan peralatan pembelajaran yang benar-benar penting mengikut keutamaan.

Pelajar boleh berbincang dengan rakan lain untuk menyenaraikan bahan akademik diperlukan bagi mengelakkan pembelian bahan sama. Bahan rujukan akademik berkenaan boleh dimanfaatkan bersama bagi tujuan pembelajaran.

Cadangan mengenai kesesuaian sesuatu bahan rujukan oleh tenaga pengajar juga diperlukan bagi memastikan bahan rujukan akademik yang dibeli mampu memberikan maklumat maksimum kepada pelajar.

Malah, pihak penerbit atau kedai buku disarankan memberikan potongan harga bagi merancakkan pembelian buku rujukan. Ia dapat menarik minat pelajar untuk menambah kuantiti bahan rujukan yang boleh dibeli.

Pelajar juga boleh mempelbagaikan jenis bahan rujukan yang akan dibeli dan menggunakan baucar itu semaksimum mungkin.

Kebijaksanaan pelajar dalam memilih bahan rujukan akademik yang tertakluk kepada jumlah RM200 adalah penting bagi mengelakkan pembelian bahan rujukan yang kurang menepati kehendak kursus atau pengajian yang mereka ikuti.
Sebagai ganjaran atas faedah baucar yang diberikan kepada pelajar, maka sewajarnya mereka berusaha bersungguh-sungguh dan mencapai kecemerlangan dalam pengajian mereka. Sesungguhnya mereka adalah kumpulan pelajar yang bertuah dan tidak dilupakan dalam merealisasikan matlamat pendidikan negara.

DR SITI MISTIMA MAAT,
Kuala Lumpur.

 

Posted in Uncategorized | Comments (0)


GARIS PANDUAN PEMBERIAN BAUCAR BUKU 1MALAYSIA (BB1M)

January 17th, 2012 by admin

sumber: laman web KPT

1.      PENGENALAN

Tujuan garis panduan ini adalah untuk menerangkan tentang proses pencetakan, penerimaan dan pembayaran baucar RM200 seperti yang telah diumumkan oleh Y.A.B. Perdana Menteri Malaysia merangkap Menteri Kewangan semasa Pembentangan Belanjawan 2012 pada 7 Oktober 2011 di Parlimen. Kerajaan mencadangkan peruntukan sebanyak RM260 juta diberi bagi melaksanakan inisiatif pemberian buku baucar berjumlah RM200. Inisiatif ini dijangka memberi manfaat kepada 1.3 juta orang pelajar.

 

2.      OBJEKTIF

Inisiatif ini dirangka untuk meringankan beban perbelanjaan pembelian buku pengajian. Selain daripada itu, inisiatif ini dijangka dapat memupuk minat membaca di kalangan rakyat Malaysia.

 

3.      KRITERIA KELAYAKAN

Pelajar yang layak menerima bantuan Baucar Buku 1Malaysia (BB1M) adalah terdiri daripada:

a)      Warganegara Malaysia;

b)      Lepasan SPM atau setaraf dengannya yang sedang melanjutkan pengajian di pusat matrikulasi/ tingkatan 6/ Politeknik/ institusi pengajian tinggi dalam bidang diploma, diploma lanjutan, ijazah, sarjana dan doktor falsafah;

c)      Sedang melanjutkan pengajian dan status aktif di pusat matrikulasi/ tingkatan 6/ institusi pengajian tinggi pada Januari 2012;

d)      Pelajar yang sedang melanjutkan pengajian secara sepenuh masa dan separa masa;

e)      Pelajar yang sedang mengikuti pengajian di bawah program kerjasama dan mendaftar di bawah anak syarikat IPT berkenaan;

f)       Menuntut di institusi pengajian di bawah seliaan Kementerian Pengajian Tinggi atau diiktiraf oleh Agensi Kelayakan Malaysia;

g)      Pelajar di Institusi Pendidikan Guru (IPG) di bawah program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP) tidak layak menerima baucar ini kerana telah diberi elaun buku sebanyak RM600; dan

h)      Pelajar yang sedang mengikuti bidang Kursus Perguruan Lepasan Ijazah (KPLI) tidak layak menerima bantuan ini kerana pelatih KPLI adalah pelatih pra-perkhidmatan (telah diberi elaun).

 

4.      TEMPOH PELAKSANAAN

Inisiatif ini adalah secara one-off bagi sesi bermula 2012 sahaja. Baucar ini sah diguna pakai selama 3 bulan sahaja iaitu 1 Januari sehingga 31 Mac 2012.

 

5.      KADAR BB1M

Setiap pelajar yang layak menerima baucar buku berjumlah RM200 berupa baucar RM50 sebanyak 4 keping.

 

6.      TATACARA PENGGUNAAN BAUCAR

a)      Baucer akan dicetak oleh Percetakan Nasional Malaysia Berhad (PNMB) dan seterusnya mengedarkan kepada semua agensi/institusi;

b)      Baucer ini adalah untuk pembelian buku – buku akademik, jurnal, majalah ilmiah dan peralatan pembelajaran berdasarkan keperluan IPT masing-masing;

c)      Pelajar boleh menggunakan baucar ini di mana-mana kedai buku yang menyertai pelaksanaan inisiatif ini. Pelajar perlulah mengisi nama dan kad pengenalan di baucar tersebut. Pelajar perlu menunjukkan kad pengenalan ketika menggunakan baucar ini;

d)      Sekiranya amaun pembelian adalah kurang daripada RM200, pelajar dibenarkan membeli peralatan pembelajaran seperti buku catatan dan alat tulis. Baki baucar yang tidak habis digunakan dianggap luput dan tidak boleh dituntut;

e)      Jika amaun yang dibeli melebihi RM200, pelajar perlu membayar sendiri dan tidak boleh membuat tuntutan tambahan kepada Kerajaan;

f)       Baucar buku yang diterima tidak boleh ditukarkan dalam bentuk wang tunai;

g)      Tempoh sah laku baucar adalah selama 3 bulan sahaja;

h)      Tuntutan bayaran balik baucar akan dibuat oleh kedai buku terus kepada Bank Simpanan Nasional (BSN). Tuntutan hanya boleh dilakukan sehingga 30 April 2012;

 

7.      PENUTUP

a)      Semua pihak hendaklah mematuhi tatacara dan prosedur kewangan dalam pelaksanaan pemberian baucar ini;

b)      Dokumen berkaitan pemberian baucar ini perlulah dikemas kini dan disimpan secara teratur dan kemas bagi tujuan pemantauan dan pengauditan;

c)      Sekiranya terdapat sebarang pertanyaan berhubung pelaksanaan inisiatif ini bolehlah menghubungi pelaksana masing-masing.

 

Posted in Uncategorized | Comments (0)


Senarai buku

January 12th, 2012 by admin

Berikut kami senaraikan link penerbit untuk memudahkan anda membuat pencarian & maklumat buku. Link ini akan ditambah dari semasa ke semasa. PALING PENTING sila beri no.ISBN yang terdapat dibelakang buku. Kami akan membantu anda mendapatkan buku yang anda hajati……..

1. PTS – www.pts.com.my

2. Telaga Biru – www.telagabiru.net

3. MPH – www.mphonline.com

4. Alaf21 – www.alaf21.com.my

5. Badan Cermelang – www.badanbookstore.com

6. Utusan – www.mybooks.com.my

7. Oxford – www.oxfordfajar.com.my

8. Amazon – www.amazon.com

Posted in Uncategorized | Comments (0)


Baucar buku RM200 mula diedar minggu pertama Januari

December 19th, 2011 by admin

JOHOR BAHRU 18 Dis. – Baucar buku bernilai RM260 juta bagi 1.3 juta penuntut institusi pengajian tinggi (IPT) di seluruh negara akan mula diagihkan pada minggu pertama Januari depan.

Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, setiap penuntut akan menerima baucar RM200 dalam bentuk empat keping baucar RM50 dan bukan wang tunai.

“Mereka boleh membeli buku di kedai-kedai buku dilantik dan berdaftar dengan pihak kementerian dan baucar itu hanya boleh digunakan di kedai tertentu.

“Bagi mendapatkan baucar itu, penerimanya perlu menyerahkan kad pengenalan kepada pihak universiti masing-masing untuk tuntutan,” katanya pada sidang akhbar selepas merasmikan Karnival Komuniti Pasir Gudang dekat sini, hari ini.

Turut hadir, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Johor Jaya, Tan Cher Puk; ADUN Permas, Datuk M. Munusamy dan Pengarah Kolej Komuniti Pasir Gudang, Jahabar Jainul Abideen.

Terdahulu dalam ucapannya, beliau meminta 40 peratus golongan muda daripada 250,000 penduduk Pasir Gudang supaya merebut peluang kemahiran yang ditawarkan di Kolej Komuniti Pasir Gudang.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Pasir Gudang berkata, kolej berkenaan menawarkan banyak peluang untuk mereka antaranya dalam bidang kemahiran, agama dan muzik.

Posted in Uncategorized | Comments (0)


1.3 juta pelajar layak terima baucar buku RM260 juta

December 17th, 2011 by admin

Sumber : Utusan

PUTRAJAYA 16 Dis. – Seramai 1.3 juta penuntut yang mengikuti pengajian di institut pengajian tinggi tempatan dan pelajar sekolah menengah di tingkatan enam layak menerima baucar buku bernilai RM200 seperti yang diumumkan dalam Bajet 2012, baru-baru ini.

Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, kerajaan memperuntukkan sejumlah RM260 juta untuk diagihkan kepada penuntut-penuntut tersebut yang dikategorikan sebagai aktif.

Katanya, pemberian baucar tersebut diberikan tanpa mengira penuntut itu mengikuti pengajian pada peringkat diploma, sarjana muda, sarjana dan pun Doktor Falsafah (PhD) secara sepenuh masa atau pun sebaliknya.

“Semua pelajar warga Malayasia yang aktif dan berdaftar dalam tempoh Januari hingga Mac tahun depan di institusi pengajian awam dan swasta (IPTA/S), politeknik, matrikulasi/asasi mahu pun di peringkat pengajian persediaan layak menerima dengan syarat daftar sebelum hujung Mac.

“Seorang penuntut akan mendapat empat baucar bernilai RM50 sekeping dan mereka hanya dibenarkan membeli buku akademik, majalah ilmiah dan peralatan pembelajaran berdasarkan keperluan IPT masing-masing,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas melancarkan Pusat Kecemerlangan (CoE) Berpotensi kementerian tersebut di sini, hari ini.

Menurut Mohamed Khaled, tempoh sah laku baucar tersebut hanya selama tiga bulan iaitu bermula pada 1 Januari hingga 31 Mac tahun depan.

Sehubungan itu, katanya, penuntut boleh menebus baucar itu di mana-mana kedai buku yang menyertai program tersebut namun dilarang menebus dengan wang tunai.

Posted in Uncategorized | Comments (0)


Selamat Datang Ke UBSM Sdn. Bhd.

May 15th, 2011 by admin

UBSM SDN BHD telah ditubuhkan pada I5HB JUN 2009 dengan Pendaftaran Syarikat bernombor 860621-U. UBSM SDN BHD adalah merupakan sebuah syarikat bertaraf bumiputra yang menjalankan perniagaan yang berhubungkait dalam industri Pendidikan.

Pengurusan syarikat ini diuruskan sendiri oleh Lembaga Pengarah yang berpengalaman dalam bidang Pendidikan, kewangan, pembelian, penjualan dan pengurusan logistik.

UBSM SDN BHD adalah syarikat pembekal buku-buku import terbitan luar Negara terutamanya dari Eropah, Amerika Syarikat Singapura dan beberapa Negara Yang lain, dan juga buku terbitan tempatan.

UBSM Menjanjikan perkhidmatan yang baik, jujur dan bertanggungjawab untuk memenuhi permintaan pelanggan dari segi memberi informasi terkini. Matlamat Syarikat UBSM adalah meningkatkan taraf Pendidikan Masyarakat Malaysia.

+webmail

Posted in Uncategorized | Comments (0)